Thursday, February 21, 2019

Pedajalkanlah Kota Ini




Walaupun melompat di longkang yang busuk
langkah terus kedalam kota
melihat contengan arang didinding sejarah
jangan dibela biar dia mati

Telah terbiar kota ini
diselimut debu yang telah mati
tatapan umum tak lagi dipeduli
selepas dikorek ditanam kembali

Teruskan hidup walau belukar
teruskan merekah walaupun mereput
biarkan fatamorgana tentukan usiamu
beratap awan bertongkat pohon

Pedajalkanlah kota ini
jangan dilihat caranya hidup
biarkan merpati bersarang indah
nanti kita gantung jadi kenangan
buat tatapan anak warisan


No comments:

Post a Comment