Wednesday, October 10, 2018

Firasat


Firasat
Bila melihat pada langit
Tak tertulis kisah dalamnya
Banyak yang kita inginkn
Tapi masih di tempat sama

Firasat mengagak tanpa melangkah
Tapi kejadian mesti digerak
Apa hari ini kita rasa selamat
Apa hari ni rezeki akan ke kocek
Kita terus tanya pada laut
Apa ada dalam nya
Tanpa tergerak utk kedalam

Kita selalu ingin dipijak
Walau untuk perut sendiri
Anak dah sudah makan
Anak sudah mandi
Kita sendiri tidak melihat
Tapi kita terus putuskan

Bersidanglah hingga berembun
Alam berubah di belakang masa
Luruhnya daun bertukar benih
Tak tertulis cakera bergema 


Kuasa Melayu Miskinkan Melayu



Apakah Melayu masih berkuasa di zaman ini
Apakah Melayu sekarang sudah tersedar akan hal ini
Apakah Melayu masih bersoal bicara di meja yang tiada kuasa
Berhentilah sekejap berbicara tentang keuntungan diri kamu
Berhentilah sekejap mencari pengikut kamu
Tengoklah kiri kamu
Tengoklah kanan kamu
Tengoklah belakang kamu
Bangsa kamu di mana
Agama kamu di mana
Bahasa kamu di mana
Melayu kamu di mana

Esok jangan di cerita lagi
Andai Melayu bersembunyi
Jalan telah tetutup
Andai kita masih berkokok






Jangan Di Biar Melayu Di Hina Lagi


Semakin hilang jati Melayu di tanah Melayu
Kerana diasuh berabad lama
Tanpa di pertahan dalam kuasa
Melayu di biar terhumban dalam penghujung tanah

Melayu masih terlalai dengan hak
Kubu di serang tanpa pertahanan
Masih menegak hak pribumi
Tapi masih berbalah di tepi longkang

Kesannya kini kita merasa 
Melayu bersuara di kata rasis
Mereka bergema di kata hak
Akhirnya Melayu masih didalam semak

Tanam lah jati padat dihati
Usah diraba yang sudah terang
Tanah Melayu mesti di gengam
Agar tertegak maruah berdiri