Monday, January 4, 2010

Luahan cintaku


Apa yang telah ku lakukan
Sehingga setiap saat aku di uji
Sampai kapan aku akan begini
Kenapa sedikit pun kau tak mengerti
Aku binggung dengan dirimu

Mana kelembutan hatimu
Mana pergi nilai sentuhan listrikmu itu
Adakah hatimu tak dapat merasa cinta aku
Adakah kau tidak pernah rasa cukup untuk menguji kesetiaan aku
Aku ada kelemahan yang abadi
Aku Tak dicipta untuk semua sempurna
Apa lagi yang aku nak katakan
Tak pernah cukup untuk buat kau merasai

Hari ini
Setelah tiga hari aku tak makan
Penuh dengan kelemahan tubuhku
Yang tak pernah lelap memikirkan dirimu
Yang menghitung apa lagi salah ku
Yang tak pernah kau ingin katakan
Kau menguji ku lagi
Dalam aku penat memcari rezeki
Kau telah menyatakan sesuatu pada ku
Bagaimana aku hendak menerima
Sehingga aku mengucapkan sesuatu
Yang terpaksa aku cakapkan
Demi kerana aku tak sanggup kehilangan dirimu

Kenapa kah aku berkata begitu
Dalam keadaan aku yg lemah
Kau menguji sebegitu
Kenapa kau tak dapat menrima ucapan ku
Yang sekadar ingin memberi tahu
Yang aku tak sanggup kehilangan mu kali ini

Untuk apa aku ucapkan sebegitu
Apakah aku salah berkatakan soal itu
Cuba kau selami apa maksud ku
Adakah aku membenci atau aku menyanyangi dirimu
Aku berkorban seluruh hidup ku pada mu
Mengapa ucapan aku itu membuat kau rasa benci
Aku ucapkan begitu sebab aku iklas menyintai dirimu

Aku ingin selalu melihat dirimu
Aku selalu ingin mendengar suara mu
Hidup aku terseksa bila kau membisu
Mengertilah
kenapa aku ucapkan bergitu padamu
Jangan kau uji aku lagi
Aku sememangnya mencintaimu
kau adalah segala galanya pada ku...
Dan seluruh umur hidup ku...

Friday, January 1, 2010

mampukah aKu....

Mampukah aku menjadi seperti Siti Khatijah?
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah
Penawar hati kekasih AllahSusah dan senang rela bersama...

Dapatkah ku didik jiwa seperti Siti Aishah?
Isteri Rasulullah yang bijak
Pendorong kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar untuk dilaksanakan...

Mengalir air mataku
Melihat pegorbanan puteri solehah Siti Fatimah
Akur dalam setiap perintah
Taat dengan abuyanya, yang sentiasa berjuang
Tiada memiliki harta dunia

Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga...
Ketika aku marah
Inginku intip serpihan sabar
Dari catatan hidup Siti Sarah....
Tabah jiwaku Setabah ummi Nabi Ismail
Mengendong bayinya yang masih merah
Mencari air penghilang dahaga

Di terik padang pasir merak
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah
Pengharapannya hanya pada Allah
Itulah wanita Siti Hajar....

Mampukah aku menjadi wanita solehah?
Mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah, harum tersebar
Bagai wanginya pusara Masyitah...

penulis: Fatin Insyira

Sedalam lombong jiwa

Selama aku merantau
tiada pernah ku merasa akan perit perjalanan
aku diduga sedalam kalbu
aku menahan asakan naluri
membiarkan kudrat melombong jiwa yang patah
mestipun jiwa acap di asak
aku bangun menawan langkah
mentari tak seindah selama aku merantau
tiada pernah ku merasa akan perit perjalanan
aku diduga sedalam kalbu
aku menahan asakan naluri
membiarkan kudrat melombong jiwa yang patah
mestipun jiwa acap di asak
aku bangun menawan langkah
mentari tak ku lihat
yang ada hanyalah jalanan hitam
di setiap perhentian aku menghidup hati yang usang
biar jiwa ku tak pernah sembuh
nak mendamai sebanyak mata yang ada
bila lambaian telah menyapa
aku bergerak melolos jalanan
telah terpanggil hati Illahi
untuk menguji
sedalamnya hati

Selimut Abadi

Dalam kalimah kalimah terakhir
Terpapar indah panggung Illahi
Akan berakhir sebuah kisah
Terputus sudah hamparan dunia

Selimutkanlah aku kekal abadi
Sebujur tubuh yang kau cintai
Abadikan aku dalam keampunanmu
Kau terakhir yang aku cintai

Dilembah keramat yang tercatit
Dalam susunan kalimah yang terkunci
Kau cium lah wangian kasturi
Yang terakhir aku janjikan

Kau abadikan segala keikhlasan
Kau sentuhlah untuk kenangan
kau iringilah akan perjalanan ini
Kesat airmata untuk ku tenang
Dan ku mohon pada dirimu
Kau izinkan aku kembali

Aku

Aku adalah aku
Memberi cinta Seiklas mungkin
Takkan membiar dia menghilang
Walau terpaksa aku memgembara

Aku adalah aku
Setia ku pada dirimu
Jasad mu adalah nyawaku
Jiwa mu adalah kehidupan ku

Aku adalah aku
Percayalah akan diriku
Jangan kau mengkianat akan cintaku
Kerana ku selalu dipermain masa

Aku adalah aku
Takan berhenti menyanyangi mu
Akan berpegang pada kalimatnya
Kekuatan itu adalah sifatku

Aku adalah aku
aku..aku