Thursday, June 13, 2013

Lelaki Ini



hati ini pernah ku penjarakan untuk kamu

untuk kamu tebus disuatu masa

agar disemai kasih yang indah

semoga dijaga ke hujung nyawa


jiwa ini pernah ku kunci untuk dirimu

agar disatukan dengan jiwamu

untuk disiram kasih dan sayang

mohon disatukan hingga dikafan


setelah berkurun minta dibela

akhirnya lesu dalam impian

akhirnya berkuburan dalam tangisan

tiada lagi segala harapan


kali ini biarlah dia pergi

hati dan jiwa yang lama mengharap

tapi kental terus merangkap

yang bertahta di satu jasad

pada seorang yang bergelar

LELAKI INI........... 

Friday, June 7, 2013

Hilangnya Sang Pelangi

Aku cuba mengerti mengapa kamu hilang
Yang mengharap tak bersentuh impian
Rupanya aku lupa akan batasnya
Yang tak mungkin dapat ku genggam
Lalu ku sedar hilangnya sang pelangi
Adalah untuk ku pergi dari mimpi












Tuesday, June 4, 2013

Bersinar Kejiwa

Ibarat kilauan mentari diufuk senja
Tenggelam bersama  lautan berombak
Untuk sedikit memberi keindahan
Yang berpuji puji dibibir pendita

Mata mu bagai terjahan kejiwa
Bibirmu lembut melemah arjuna
Beralun puitis puitis memuja
Melangkah mengekor setiap langkah

Jaga lah mentari di setiap tubuhmu
Jangan dibiar kosong menakluk sanubari
Wujubkan  keabdian realiti
Yang pernah kau ada 
Sewaktu mata terlihat

Senyuman Pelangi Pagi

Kamar terbentang tirai bercahaya
Lalu tersedar lena yang terlena
Hembuskanlah nafas berlikar kejiwa
Akan kembali menaklukkan bayu
Berlorong lorong melintas keindahan

Senyum berkembangan dalam keriyangan
Menyambut sinar bertelapak kemuka
Ucapkan bahagia salam siang
Akan bertahta kemuka keindahan

Senyum lah pelangi diwaktu keheningan
Biar berlinang dinaluri dunia
Harap terpaku didinding insan
Hilangmu pelangi ada ertinya

Tuesday, May 21, 2013

Selamanya

Ku relakan perjuanganku berhenti
Dan kuburkan segala kasih sayang
Dan membuang segala keindahan
Dan ku tahan segala kesedihan

Memang jauh sudah perjalananku
Menempuhi setiap ruang tekanan
Hanya untuk menitik sebuah percintaan
Yang makin usang dibawa sengketa

Aku cekal untuk sampai kesini
Kerana aku pedih mendengar keluhan
Aku ingin sentuh setiap nalurimu
Yang terhantuk rebah di riba kakiku

Adakalanya aku bertanya pada malam
Inikah jalan mulanya kehidupan
Untuk mendapat setiap rayuan
Tapi tersunggul ditepi talian

Aku nekad hentikan jalanan
Walaupun kuat menyekat fikiran
Airmata bukti hebatnya harapan
Akan ku lepas biarkan tenggelam

Biarlah apa yang aku buang
Tetap berkubur sedalam jiwa
Akan ku sedar hakikat sebenar
Adakalanya jodoh mendahului
Cinta yang tersimpan
Selamanya kau bertahta dalam kenangan



Saturday, May 11, 2013

Semesta Cinta

Bukan mudah memetik hati
Kalau jiwa tidak terkawal
Apa kamu tahu ertinya suci
Hingga terjerat meluka rasa
Jiwa jiwa yang dijaga
Hingga terbawa dalam mimpi

Kau taksub menilai diri
Bertatah intan berjuta kerdipan
Maksud tersirat tiada rahsia
Fitrah semesta tak janjikan milik nya