Friday, January 1, 2010

mampukah aKu....

Mampukah aku menjadi seperti Siti Khatijah?
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah
Penawar hati kekasih AllahSusah dan senang rela bersama...

Dapatkah ku didik jiwa seperti Siti Aishah?
Isteri Rasulullah yang bijak
Pendorong kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar untuk dilaksanakan...

Mengalir air mataku
Melihat pegorbanan puteri solehah Siti Fatimah
Akur dalam setiap perintah
Taat dengan abuyanya, yang sentiasa berjuang
Tiada memiliki harta dunia

Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga...
Ketika aku marah
Inginku intip serpihan sabar
Dari catatan hidup Siti Sarah....
Tabah jiwaku Setabah ummi Nabi Ismail
Mengendong bayinya yang masih merah
Mencari air penghilang dahaga

Di terik padang pasir merak
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah
Pengharapannya hanya pada Allah
Itulah wanita Siti Hajar....

Mampukah aku menjadi wanita solehah?
Mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah, harum tersebar
Bagai wanginya pusara Masyitah...

penulis: Fatin Insyira

Sedalam lombong jiwa

Selama aku merantau
tiada pernah ku merasa akan perit perjalanan
aku diduga sedalam kalbu
aku menahan asakan naluri
membiarkan kudrat melombong jiwa yang patah
mestipun jiwa acap di asak
aku bangun menawan langkah
mentari tak seindah selama aku merantau
tiada pernah ku merasa akan perit perjalanan
aku diduga sedalam kalbu
aku menahan asakan naluri
membiarkan kudrat melombong jiwa yang patah
mestipun jiwa acap di asak
aku bangun menawan langkah
mentari tak ku lihat
yang ada hanyalah jalanan hitam
di setiap perhentian aku menghidup hati yang usang
biar jiwa ku tak pernah sembuh
nak mendamai sebanyak mata yang ada
bila lambaian telah menyapa
aku bergerak melolos jalanan
telah terpanggil hati Illahi
untuk menguji
sedalamnya hati

Selimut Abadi

Dalam kalimah kalimah terakhir
Terpapar indah panggung Illahi
Akan berakhir sebuah kisah
Terputus sudah hamparan dunia

Selimutkanlah aku kekal abadi
Sebujur tubuh yang kau cintai
Abadikan aku dalam keampunanmu
Kau terakhir yang aku cintai

Dilembah keramat yang tercatit
Dalam susunan kalimah yang terkunci
Kau cium lah wangian kasturi
Yang terakhir aku janjikan

Kau abadikan segala keikhlasan
Kau sentuhlah untuk kenangan
kau iringilah akan perjalanan ini
Kesat airmata untuk ku tenang
Dan ku mohon pada dirimu
Kau izinkan aku kembali

Aku

Aku adalah aku
Memberi cinta Seiklas mungkin
Takkan membiar dia menghilang
Walau terpaksa aku memgembara

Aku adalah aku
Setia ku pada dirimu
Jasad mu adalah nyawaku
Jiwa mu adalah kehidupan ku

Aku adalah aku
Percayalah akan diriku
Jangan kau mengkianat akan cintaku
Kerana ku selalu dipermain masa

Aku adalah aku
Takan berhenti menyanyangi mu
Akan berpegang pada kalimatnya
Kekuatan itu adalah sifatku

Aku adalah aku
aku..aku