Monday, May 18, 2009

Untuk Seorang Wanita

Dalam kemarau hidupku
Masih wujudkah cinta padaku
Dalam kembara yang penuh tipu daya
Perlukah aku mengentuk pintu hati wanita
Aku punyai kasih dan sayang
Adakah lagi yang mahu menerimaku
Adakah aku perlu mencari
Atau menunggu takdir yang akan diberi
Sudah banyak cerita yang ku simpan
Sudah cukup berat untuk ku kenang
Semua buat aku hanyut
Untuk seorang wanita
Masih ada yang belum ku kabarkan
Bukan malu nak diluah
Tapi ku banyak tafsiran
Dan aku yakin
Akan ada yang memberi senyuman
Walaupun aku tak dapat sentuh
Tapi cukup hanya untuk ku mengenali
Dan cinta itu masih ada
Dalam hatiku

Sunday, May 17, 2009

Ibu

Ibu
Dulu aku memilikimu
Aku memiliki wajahmu
Aku memiliki kelembutan tanganmu
Aku memiliki permerhatianmu
Dan engkau sentiasa mengasah kekuatanku
Sentiasa menyentuku
Sentiasa membelaiku
Dan kau tida kenal erti penat menjagaku
Aku mengenal dunia dengan suaramu
Dengan leteranmu
Sehingga aku mampu berdiri
Mencari sapa diriku
Tetapi kini kau tiada lagi
Aku hilang semuanya
Aku hilang harapanku
Aku hilang duniaku
Aku membisu dalam duniaku

Ibu
Dalam pelukkan terakhirmu
Ketika kau melafazkan kalimah
Ketika azan isyak berkumandang
Airmataku tak henti mengalir
Aku berdoa jangan kau tinggalkan aku
Dan dalam pelukkan itu
Kau pergi dari duniaku
kau pergi selamanya

Ibu
Kini tiada ada lagi suaramu
Yang akan bertanya kemana ku pergi
Tiada lagi bekal nasihat untukku
Tiada lagi bisikkan keramat keteligaku
Kini kau tinggalkan aku
Untuk meneruskan niatmu
Harapanmu
Yang kau inginkan selama ini
Aku tak berpeluang
Memberi kasih sayangku padamu
Aku tak berkesempatan menjagamu
Tiada lagi peluang itu padaku

Ibu
Mengertilah
Walaupun kau tiada lagi
Tapi hingga kini
Kau sentiasa hidup dalam hatiku
Darahku, jasadku dan kenanganku
Akan ku kabarkan pada
keturunanmu akan kehebatanmu ibu

Ibu
Tiada kata yang lebih baik untuk ku katakan
Tiada siapa yang lebih menyanyangiku
selain dirimu......ibuku.....

Sejarah Jiwa

Bila rembang pekat terik
Angin sepoi menghembus sepi
Alamku mulai berubah
Akal ku masuk ke pintu silam
Wujudkan hambar sejarah jiwa
Yang dulu aku dapat, yang dulu aku gengam
Bertahun aku belai, bertahun aku kawal
Tapi sifat fitnah,dendam,dengki
Telah menghancurkan hak aku
Dan dendam menjadi hakikat
Menguasai seluruh urat sarafku
Dan aku terkeluar dari sifatku
Aku pernah simpan dalam akalku
Aku pernah simpan dalam jiwaku
Demi memuliakan suasana
Kerana sinar itu masih dalam gengamanku
Tetapi jiwa karat yang masih mengelilingiku
Tidak pernah puas dengan niatnya
Aku dihentam
Aku dihina
Aku dipijak
Dan sinar itu terlepas dari gengamanku
Aku hilang sinar itu
Aku dibiar bernyawa
Aku tak bermaya
Dan sejarah jiwa telah dimiliki
Aku hanya termenung mencari arah
Lalu ku tinggalkan semua
Aku buang yang ada
Aku menangis melayan Sifatku
Kenangan kembali dalam masaku
Aku memandang langkahku
Lupakan yang berkurun
Dan darahku berjalan menodai masa