Wednesday, October 10, 2018

Jangan Di Biar Melayu Di Hina Lagi


Semakin hilang jati Melayu di tanah Melayu
Kerana diasuh berabad lama
Tanpa di pertahan dalam kuasa
Melayu di biar terhumban dalam penghujung tanah

Melayu masih terlalai dengan hak
Kubu di serang tanpa pertahanan
Masih menegak hak pribumi
Tapi masih berbalah di tepi longkang

Kesannya kini kita merasa 
Melayu bersuara di kata rasis
Mereka bergema di kata hak
Akhirnya Melayu masih didalam semak

Tanam lah jati padat dihati
Usah diraba yang sudah terang
Tanah Melayu mesti di gengam
Agar tertegak maruah berdiri

No comments:

Post a Comment