Tuesday, May 21, 2013

Selamanya

Ku relakan perjuanganku berhenti
Dan kuburkan segala kasih sayang
Dan membuang segala keindahan
Dan ku tahan segala kesedihan

Memang jauh sudah perjalananku
Menempuhi setiap ruang tekanan
Hanya untuk menitik sebuah percintaan
Yang makin usang dibawa sengketa

Aku cekal untuk sampai kesini
Kerana aku pedih mendengar keluhan
Aku ingin sentuh setiap nalurimu
Yang terhantuk rebah di riba kakiku

Adakalanya aku bertanya pada malam
Inikah jalan mulanya kehidupan
Untuk mendapat setiap rayuan
Tapi tersunggul ditepi talian

Aku nekad hentikan jalanan
Walaupun kuat menyekat fikiran
Airmata bukti hebatnya harapan
Akan ku lepas biarkan tenggelam

Biarlah apa yang aku buang
Tetap berkubur sedalam jiwa
Akan ku sedar hakikat sebenar
Adakalanya jodoh mendahului
Cinta yang tersimpan
Selamanya kau bertahta dalam kenangan



No comments:

Post a Comment