Thursday, May 19, 2011

Rumah Kayu 49/53

zaman yang telah jauh
Aku melihat sendiri
Perubahan zaman berzaman
Tapi ku masih kenal
Corak percikkan darah

Rumah kayu 49/53
Tempat lenaku hingga dewasa
Tempat ku melihat segala warna dunia
Tempat yang mencipta segala kasih sayang

Aku pernah menangis sepuas-puasnya
Tempat yang kuharap memberi segalanya
Pada setiap kesedihan ku
Tetapi aku terpaksa meninggalkannya
Untuk sesuatu yang lebih abadi

Kini makin jarang aku jejaki
Rumah kayu 49/53
Kerana disitu lah bermula
Dan disitu lah berakhir

Ku berharap
Kau kental berdiri
Memasak tubuh mu di bumi
Tunggu ku pulang

No comments:

Post a Comment